BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 14, 2009

Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'


Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti dan penuh hemah bila menyusun kata.
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Al-Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita, namun segalanya kini tinggal kenangan..

Perginya kini tak kembali lagi..Al-Fatihah buat arwah..

0 comments: