BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM
SEMOGA DENGAN KEDATANGAN RAMADHAN PADA KALI INI DAPATLAH KITA MENGINSAFI DIRI DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH..
INSYAALLAH..SAMA-SAMALAH KITA MENUNAIKANNYA..

Monday, August 17, 2009








Pergi..pergi..
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu..
Engkau hadir dalam diri ini

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

Lafaskan kata dari bibir
Adakahnya dari hati
Mungkin kau tak fahami maksudnya yang tersembunyi
Titisan air mata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Mengapa
Aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas, rimas aku rimas

Lari lari aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Untuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi, kini ku pergi
Tinggalkanmu...


keliru..x tahu..x fhm...semakin keliru..

ya Allah kelirunya ak..
smkn x tahunya ak..
nmpknye yg ak x tahu smkn aku x tahu..
yg ak x fhm smkn ak x fhm..
yg ak keliru, mnjdi smkn rumit kelirunya..
lately ni byk btol dugaan ..
ya Allah tabahkanlah ak menghadapi apa jua dugaan yg mendatang..
berikanlah hati ini kekuatan dan ketabahan utk menghadapinya..
AMINN..

Friday, August 14, 2009

choosing a wife...

Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan

iaitu:

  • pertama seperti tabiat babi

  • kedua seperti tabiat kera

  • ketiga seperti tabiat anjing

  • keempat seperti tabiat ular

  • kelima seperti tabiat baghal

  • keenam seperti tabiat kala

  • ketujuh seperti tabiat tikus

  • kelapan seperti tabiat unggas

  • kesembilan seperti tabiat serigala dan

  • kesepuluh seperti tabiat kambing

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan

makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi

tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal

yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah

dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan

dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya

dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik

suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta

pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan

lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang

ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan

adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-

kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang

itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran

sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia

dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan

tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu

tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya

daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat

dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan

daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka

pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti

katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah

perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang

kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)


Renung-renungkan

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'


Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti dan penuh hemah bila menyusun kata.
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Al-Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita, namun segalanya kini tinggal kenangan..

Perginya kini tak kembali lagi..Al-Fatihah buat arwah..

ketika mencintai seseorang...


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu melepaskannya kembali ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit oleh karena ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak akan dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air, biarlah mendapat sedapatnya,
jangan terlalu mengharap pada kedalaman lengkungannya dan janganlah menganggap wadah itu
begitu kukuh cukuplah menadah sesuai keperluanmu. ...
Apabila wadah itu sekali retak....
tentu sukar bagi kamu untuk menampalnya kembali menjadi seperti semula....
Akhirnya kamu akan membuangnya. ...
Sedangkan jika kamu mencuba memperbaikinya, mungkin kamu masih dapat mempergunakannya lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... ......
Anggaplah dia manusia biasa....
Bila tidak, apabila sekali dia melakukan kesilapan, tidak mudah bagi kamu untuk menerimanya.
...akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhir hayat....


Jika kamu telah memiliki sepiring nasi, punyamu pastilah yang terbaik untuk dirimu mengenyangkan dan berkhasiat.
Mengapa kamu lengah, mencoba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Dan kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang kekasih.....
kekasihmu itu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu dan mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah, mencoba membandingkannya dengan yang lain.
Mungkin tanpa sadar kamu terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain dan
Kamu juga yang akan menyesal.